Powered by Blogger.

Friday, 6 July 2012

SYAIR SITI ZUBAIDAH - SIAPA SEBENARNYA SITI ZUBAIDAH?

Kita sudah tahu sedikit sebanyak tentang Siti Zubaidah seperti yang diceritakan di dalam Syair Siti Zubaidah. Pernahkah kita terfikir siapa sebenarnya Siti Zubaidah ini? Aku cuba google dan akhirnya aku bertemu dengan blog ini : kebunketereh.com

Aku "cut & paste" tulisan penulis tentang Siti Zubaidah ....
Bagi saya, yang dimaksudkan dengan Cik Siti Wan Kembang yang menjadi lagenda rakyat Kelantan  ialah Che’ Siti Wan Kembang, Raden Galuh Gemerenchang, Raja Kelantan Selatan (1318 – 1348), iaitu anakanda Raja Sakranta, Maharaja Jawaka (1253 – 1267).
1253 – 1267 Raja Sakranta, Maharaja of Jawaka. Succeeded on the death of his grandfather as Maharaja of Jawaka, 1253. He d. ca. 1267, having had issue, two sons and four daughters:
  • 1) Raja Bharubhasa, who became Sultan Mahmud Jiddah Riayath Sa’adat us-Salam, Raja of Lankasuka and Kelantan – see below.
  • 2) Raja Singadhiraja, who became Sultan Sulaiman Shah, Raja of Lankasuka in succession to his elder brother, ca. 1345.
  • 1) Putri Chandana. m. Malik uz-Zahir, Raja of Samudra.
  • 2) Putri Tapasi, Raden Galuh Ajang. m. Raja Jayasingha Varman, Raja of Champa.
  • 3) Che’ Siti Wan Kembang, Raden Galuh Gemerenchang, Raja of Kelantan Selatan 1318 – 1348.
  • 4) Putri Linang Cahaya. m. Sayyid Hussain Jamad ul-Kubra.

Benarkah ini Che Siti Wan Kembang
Seterusnya Puteri Saadong yang dijadikan anak angkat Cik Siti Wan Kembang pula ialah Putri Sa’adung II (Siti Zubaidah), atau nama asalnya  Devi Nareswari yang berkahwin dengan  Paduka Sri Sultan Zainal Abidin Shah, Raja Champa yang sangat terkenal dengan kisah SYAIR SITI ZUBAIDAH”. Puteri Sa’adung II (Siti Zubaidah) ini merupakan anak saudaranya iaitu anakanda Raja Bharubhasa, iaitu Sultan Mahmud Jiddah Riayath Sa’adat us-Salam, yang menjadi  Raja Chermin. Baginda menjadi Raja Langkasuka selepas kemangkatan nenda baginda pada tahun 1335. Pada tahun 1345 baginda dilantik menjadi Raja Kelantan.
Sumber : Che Siti Wan Kembang atau Che Wan Kembang, Di Antara Sejarah, Lagenda dan Mitos

Berdasarkan tulisan di atas, bolehkah kita simpulkan bahawa Siti Zubaidah yang dimaksudkan di dalam Syair Siti Zubaidah adalah Puteri Sa'adong II atau nama asalnya Devi Nareswari yang merupakan anakanda kepada Raja Bharubhasa, iaitu Sultan Mahmud Jiddah Riayath Sa’adat us-Salam, Raja Langkasuka dan Kelantan? Sekiranya benar, waris-waris mereka inilah juga yang melahirkan tokoh-tokoh Islam di Nusantara. Sama-samalah kita cari jawapannya ....

Read more...

Thursday, 5 July 2012

SYAIR SITI ZUBAIDAH PERANG CHINA


Syair Siti Zubaidah Perang China atau juga dikenali sebagai Syair Siti Zubaidah merupakan syair romantik yang menggambarkan cinta, keberanian dan ketaatan Siti Zubaidah bagi membebaskan suaminya, Sultan Zainal Abidin, yang ditawan oleh puteri-puteri China.

Teks ini ditulis dengan indah dan dikenali ramai. Pengarangnya tidak dikenali, satu ciri yang biasa di kalangan pengarang kesasteraan Melayu silam.

Siti Zubaidah tinggal di Pulau Peringgi bersama bapanya, Pendeta Ulama. Pendeta Ulama dahulunya seorang raja tetapi menyedari kuasa dunia tidak bererti, telah menyerahkan takhta kepada anaknya bagi beramal. Pendeta Ulama memberikan anak perempuannya pendidikan keugamaan yang baik.

Sultan Zainal Abidin, Sultan Kembayat Negara, kemudiannya berkahwin dengan Siti Zubaidah. Kembayat Negara merupakan sebuah negara yang besar dengan pelbagai dagang dari segala pelusuk rantau berkunjung ke situ.

Pada suatu hari, Kembayat Negara diserang oleh China, sebagai balasan penghinaan kepada salah seorang pedagang mereka. Serangan ini lebih kejam dengan penawanan Sultan Kembayat Negara oleh puteri China sebagai tahanan dan dibawa ke China.

Menyedari keadaan ini, Siti Zubaidah menyiapkan dirinya bagi menyelamatkan suaminya. Siti Zubaidah tinggal dilindungi oleh bapanya. Semasa kecil dia belajar Al-Quran dan perkara lain sebagaimana gadis lain. Tetapi apabila dicabar dengan kehilangan suaminya, dia memasuki dunia lelaki dan bersedia untuk berperang. Dalam perjalanannya, dia melahirkan anak seorang diri di dalam hutan dan meninggalkan anaknya yang kemudiannya diselamatkan dan dipelihara oleh Muhamad Tahir.

Dia menyamar sebagai askar dan menyertai perang melawan China. Dia berhadapan dengan banyak cubaan dalan usaha membebaskan suaminya. Keberanian dan cintanya yang mendalam terhadap suaminya memberikannya kekuatan bagi memenangi peperangan. Dia akhirnya mendedahkan diri sebenar kepada Sultan Zainal Abidin dan kembali ke Kembayat Negara untuk bersatu dengan anak mereka.

Sumber di atas diambil dari Wikipedia.

Kertas kerja tentang penggunaan bahasa klasik berlandaskan perbezaan tradisi dan budaya di dalam Syair Siti Zubaidah Perang China ini boleh dibaca di sini : LESSONS IN ENGAGEMENT FROM A MALAY CLASSIC: THE TRANSLATION OF SYAIR SITI ZUBAIDAH PERANG CHINA


Pada sesiapa yang berminat untuk membaca manuskrip Hikayat Zubaidah versi Jawi, sila klik di sini : Hikayat Zubaidah


Manuskrip ini aku download dari :
Mymanuskrip.fsktm.um.edu.my

Hikayat Zubaidah
Syair Zubaidah; Syair Siti Zubaidah
MS 173
Dikarang oleh Ahmad Kampung Padang, Negeri Patani
Syair [Folk Poetry]
Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
T.H. 1300 (=T.M. 1882)
Patani, Thailand

Read more...

About This Blog

Banyak persoalan yang tidak dapat kita rungkaikan, sedangkan mencari identiti diri sendiri juga masih kabur. Waima apa pun, blog ini hanyalah sekadar untuk bersantai, tiada kena-mengena dengan sesiapa pun, tiada juga punya motif atau maksud tertentu. Sebahagian tulisan-tulisan di sini adalah hasil rujukan di internet ... untuk sama-sama kita fikirkan apa yang telah dilakukan oleh nenek-moyang kita dahulu kala hingga membolehkan kita berbangga dengan kejayaan serta pencapaian yang pernah mereka lakukan. Moga sahaja kita dapat disedarkan dari lena yang panjang dan mengasyikkan ini ... bangkitlah bangsaku dan bersatulah. Kita kembalikan semula zaman kegemilangan bangsa Melayu di Nusantara ini ... SEJARAH TETAP AKAN BERULANG ....

Total Pageviews

Attribution

Kredit buat pengkaji-pengkaji sejarah yang sentiasa cuba mencari jawapan dari setiap persoalan.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP